NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd, (sebuah syarikat yang ditubuh di bawah undang-undang Malaysia) dengan tempat perniagaannya di No. 28-2, Jalan PJU 5/20D, The Encorp Strand, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor termasuk subsidiari-subsidiari , pihak-pihak berkaitan, syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, pengganti, penerima serah hak, dan pemegang lesen (“ENFINITI”) adalah komited dalam menggunakan dan melindungi privasi Data Peribadi anda dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“). Notis ini dirumuskan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada anda amalan ENFINITI dalam pengunaan Data Peribadi anda dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan dasar privasi dan syarat-syarat yang berlainan yang telah dan/atau mungkin ditetapkan oleh ENFINITI dari semasa ke semasa, dan perjanjian-perjanjian berlainan yang anda mungkin ada dengan ENFINITI (jika ada).

Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. ENFINITI berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di Laman Web. Dengan berterusan berkomunikasi dengan ENFINITI atau dengan berterusan mengguna khidmat ENFINITI atau menggunakan perkhidmatan ENFINITI atau dengan pemberian berterusan Data Peribadi (sama ada secara peribadi, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili , surat, atau selainnya) berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah bersetuju dengan dan menerima pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Bagi tujuan Notis Ini:

Data Peribadi” bermaksud semua maklumat dan penyataan pendapat yang secara langsung atau tidak langsung, berkaitan dengan seseorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat atau penyataan pendapat itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat dan penyataan pendapat berkenaan dengan kesihatan fizikal atau mental, asal-usul bangsa atau etnik, kepercayaan agamanya atau kepercayaan serupa, dan/atau mengenai prosiding jenayah atau sivil. 

Contoh Data Peribadi yang mungkin diproses oleh ENFINITI termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, nombor NRIC/Paspot, alamat e-mel, butir-butir pekerjaan, pilihan persendirian, alamat protokol internet, butir-butir sosial media, pilihan kandungan, butir-butir kewangan (termasuk butir-butir akaun bank, butir-butir kad kredit, dan jumlah deposit), mana-mana tempahan yang dibuat oleh anda atau orang lain, atau pihak ketiga yang lain yang diberi kuasa oleh anda (sama ada secara terus atau melalui mana-mana kaedah komunikasi termasuk tulisan, elektronik, atau lisan meminta ENFINITI untuk menyediakan perkhidmatan, penginapan, atau maklumat), mana-mana mesej, komen, atau maklum balas yang anda serahkan secara peribadi kepada ENFINITI, melalui e-mel atau melalui Laman Web, gambar-gambar dan imej-imej, rakamanrakaman, maklumat penginapan tetamu, termasuk tarikh kedatangan dan keberangkatan, arahan pengebilan dan apa-apa maklumat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan khas (contohnya, kesenangan, perjalanan, dan keutamaan-keutamaan tetamu) dan sebarang maklumat dan/atau penyataan pendapat yang mungkin mengenal pasti anda yang telah atau mungkin akan dipungut, disimpan, diguna dan diproses oleh ENFINITI atau pekerja, pemegang amanah harta, pihak-pihak berkaitan, syarikat bersekutu, syarikat-syarikat berkaitan, ejen-ejen, kontraktor bebas, dan pihak ketiga yang ENFINITI mungkin berkaitan dengan dari masa ke semasa, dan sebarang maklumat dan/atau pernyataan pendapat lainan yang boleh mengenal pasti anda yang anda telah berikan kepada ENFINITI dan/atau adalah bersampingan dari Data Peribadi tersebut.       

Proses“, “Diproses” atau “Pemprosesan” bermaksud pengumpulan, penggunaan, rakaman, penyimpanan, pengekalan, penzahiran, dan operasi atau set operasi yang berlainan yang dihuraikan dalam PDPA.

Dengan melantik  ENFINITI untuk menyediakan perkhidmatan atau dengan berhubung dengan  ENFINITI sama ada di tempat perniagaan kami, kemudahan penginapan kami, premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami, acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar,  persidangan-persidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksiproduksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahan-persembahan kami atau sebaliknya, atau dengan menggunakan laman web  ENFINITI di www.tiarasaescapes.com (“Laman Web”), atau dengan menggunakan mana-mana kemudahan kami, anda bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh ENFINITI dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh  ENFINITI.

Selain Data Peribadi yang anda berikan kepada ENFINITI secara langsung (iaitu, semasa anda berkomunikasi dan berhubungan dengan ENFINITI, dan/atau apabila anda memesan ENFINITI untuk menyediakan perkhidmatan dan selainnya), ENFINITI mungkin juga mengumpul Data Peribadi daripada pelbagai sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut: 

  • Dari lawatan atau kemasukan ke tempat perniagaan kami, kemudahan penginapan kami, premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami, acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar, persidangan-persidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksi-produksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahanpersembahan kami atau sebaliknya; dan/atau
  • Dari penggunaan kemudahan-kemudahan ENFINITI; dan/atau
  • Dari pendaftaran atau kehadiran dalam sebarang acara atau selainnya yang dianjurkan atau ditaja oleh ENFINITI, sama ada tunggal atau bersekutu atau perkongsian dengan mana-mana pihak ketiga; dan/atau
  • Orang yang telah dilantik oleh anda dan ENFINITI diberi kuasa untuk berkomunikasi dengan seperti wakil atau penghubung dan hubungan kecemasan;
  • Dari pihak berkuasa dan pihak berkuasa kerajaan dan badan-badan berkanun; dan/atau
  • Maklumat yang boleh didapati secara umum daripada platform seperti, tetapi tidak terhad kepada alat carian ‘online’ seperti Google, Twitter dan LinkedIn; dan/atau
  • Dari sumber-sumber lain seperti mana anda telah memberi persetujuan dan kebenaran anda.
  • dari “cookies” yang digunakan di Laman Web dan/atau dari laman Facebook ENFINITI.

Pemberian Data Peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, ENFINITI mungkin tidak dapat: (i) berkomunikasi dengan anda; (ii) menyediakan kepada anda perkhidmatan yang anda mungkin memerlukan; atau (iii) menyediakan akses kepada bahagian-bahagian Laman Web yang tertentu.

ENFINITI menggunakan “cookies” di Laman Web untuk mengesan jumlah pengunjung ke Laman Web dan pengalaman pengunjung. Kebanyakan pelayar web telah direka untuk menerima “cookies”. “Cookies” adalah fail data kecil yang mengandungi maklumat yang anda telah bekalkan seperti pilihan keutamaan bahasa dan rantau yang akan membantu meningkatkan pengalaman dan navigasi anda di dalam Laman Web, dan dapat membolehkan semua ciri (contohnya, ciri-ciri seperti, tetapi tidak terhad kepada, video flash dan pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau) di Laman Web untuk fungsi sepenuhnya. Jika anda tidak mahu menerima sebarang “cookies”, anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk menolaknya.  

Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, di mana penting, atau menolak “cookies”, ENFINITI mungkin tidak dapat: (a) berkomunikasi dengan anda; (b) menyediakan kepada anda perkhidmatan dan kemudahan yang anda mungkin memerlukan; atau (c) membolehkan semua ciri di Laman Webuntuk berfungsi sepenuhnya (sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada, membolehkan video flash dimainkan, pastikan anda tidak perlu memasukki pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau setiap kali anda melawati atau ,melayari Laman Web).

Apabila anda melawati Laman Web, ENFINITI mungkin akan merekod maklumat tertentu yang berkaitan dengan lawatan anda seperti yang berikut:

  • protokol internet atau alamat protokol internet server proksi anda;
  • maklumat domain asas;
  • pembekal perkhidmatan internet anda;
  • tarikh dan masa lawatan anda ke Laman Web;
  • tempoh sesi anda;
  • halaman yang anda telah diakses;
  • kekerapan anda mengakses Laman Web dalam mana-mana bulan;
  • saiz fail yang anda melihat;
  • Laman Web lain yang merujuk anda ke Laman Web; dan (j) sistem operasi komputer anda.

Terdapat pelbagai halaman dalam Laman Web yang mungkin akan menjemput anda untuk memberi ENFINITI nama dan butiran hubungan anda, contohnya, demi tujuan dimasukkan ke senarai mel ENFINITI untuk terimaan surat berita ENFINITI atau untuk menyertai pertandingan.

ENFINITI juga mengumpul maklumat daripada orang yang menggunakan Laman Web, untuk menghantar berita, maklumat tentang aktiviti ENFINITIdan bahan-bahan promosi umum ENFINITI yang ENFINITI percaya mungkin berguna kepada anda atau ENFINITI untuk memantau siapa yang mengakses Laman Web dan untuk profil jenis orang yang mengakses Laman Web.

Sila ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun (“Kanak“) hendaklah diiringi oleh ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan semasa melawati atau melayari Laman Web dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Laman Web dan/atau apabila melawat ke tempat perniagaan kami, kemudahan penginapan kami, premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami,  acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar,  persidangan-persidangan, pertunjukanpertunjukan, produksi-produksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahan-persembahan kami atau sebaliknya. Jika ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan telah memberi kebenaran kepada Kanak untuk melawati atau melayari Laman Web dan/atau menggunakan mana-mana perkhidmatan yang terdapat di dalamnya dan/atau melawat ke tempat perniagaan kami, kemudahan penginapan kami, premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami,  acara-acara, aktivitiaktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar,  persidanganpersidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksi-produksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahanpersembahan kami atau sebaliknya, ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (a) kelakuan ‘online’ Kanak, (b) pengendalian akses dan penggunaan Kanak  dalam Laman Web dan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya, dan/atau tempat perniagaan kami, kemudahan penginapan kami, premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami,  acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar,  persidangan-persidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksiproduksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahan-persembahan kami atau sebaliknya dan (c) akibat daripada sebarang penyalahgunaan oleh Kanak termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dibuat oleh Kanak dari akses dan penggunaan tersebut.

ENFINITI mungkin Proses Data Peribadi untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan am ENFINITI termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut: 

  • Untuk memproses dan/atau mengesahkan pengaturan penginapan dan/atau tempahan restoran dan/atau jamuan;
  • Untuk menyediakan dan mengenakan bayaran untuk kemudahan penginapan dan pembelian barangan dan perkhidmatan lain;
  • Untuk memenuhi obligasi kontrak kepada anda, dan maan-mana orang atau entiti yang terlibat dalam proses membuat pengaturan perjalanan anda (seperti ejen pelancongan, syarikat kad kredit, pengendali penerbangan dan program kesetiaan yang lain);
  • Untuk memberi keistimewaan, feadah dan perkhidmatan kepada anda
  • Untuk berkomunikasi dengan anda dan mana-mana orang lain yang dikehendaki bagi tujuan dan maksud yang berkaitan dengannya itu;
  • Untuk menghubungi orang yang anda telah berikan Data Peribadi, seperti wakil atau perhubungan dan/atau hubungan kecemasan;
  • Untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh ENFINITI atas kehendak anda
  • Untuk bertindak balas kepada soalan-soalan, komen dan aduan dan secara amnya menyelesaikan pertikaian, jika ada;
  • Untuk menawarkan anda peluang semasa dan masa depan, berita, kemas kini dan maklumat terkini dan promosi dalam industri penginapan;untuk menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran, kepuasan pelanggan dan tinjauan jaminan kualiti;
  • Untuk pemasaran langsung melalui panggilan suara, mesej teks, e-mel, mel terus, mesej faks, dan lain-lain iklan berbentuk app dalaman yang semua ada berkaitan dengan peluang dan kemas kini ENFINITI;
  • Untuk membolehkan semua ciri di Laman Web ENFINITI berfungsi sepenuhnya;
  • Bagi tujuan pengesahan pengenalan;
  • Untuk tujuan rekod dan pentadbiran umum;
  • Untuk menjalankan penyiasatan dan prosiding tatatertib;
  • Untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi undang-undang dan syarat-syarat kerajaan;
  • Untuk pematuhan dengan undang-undang dan tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan;
  • Bagi tujuan prosiding undang-undang atau bakal prosiding undang-undang;
  • Untuk menubuhkan, menjalankan, melindungi dan mempertahankan hak-hak undang-undang ENFINITI,

dan anda bersetuju dan membenarkan Pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.

ENFINITI juga mungkin akan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:-

  • untuk menghantar bahan-bahan berkenaan dengan perkhidmatan dan kemudahan SA seperti surat berita, artikel, laporan bertulis dan kemas kini yang berlainan berkenaan dengan perkhidmatan ENFINITI;
  • bagi tujuan pemulihan bencana; dan
  • untuk mengedarkan maklumat atau butir-butir yang berkaitan dengan acara, pameran, seminar, persidangan,dan perbincangan yang mungkin menarik minat anda,

melalui e-mel atau mel fizikal yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pos berdaftar dan poskad

Sila yakin bahawa ENFINITI akan meminta kebenaran anda sebelum Data Peribadi anda diproses untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis ini, undang-undang, dan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian yang anda ada dengan ENFINITI, jika ada.

Jika anda tidak bersetuju dan memberi kuasa kepada ENFINITI untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas, sila memaklumkan kepada ENFINITI dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.

Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan ‘server’ ENFINITI, mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan Diproseskan dalam bidang kuasa selain Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan di atas.  Anda memahami, bersetuju dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini.

ENFINITI mungkin akan mengguna khidmat  syarikat-syarikat yang lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan tugas bagi pihak ENFINITI, oleh itu ENFINITI mungkin akan memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):-

  • rakan niaga yang lain, industry bersekutu, pembekal perkhidmatan, penasihat profesional atau individu untuk melaksanakan fungsi ENFINITI, termasuk, tetapi tidak terhad kepada agen, kontraktor, sub-kontraktor, perunding dan pembekal perkhidmatan yang memberi nasihat, perakaunan, pengauditan, perkhidmatan kewangan (termasuk bank), perkhidmatan undangundang, teknologi maklumat, kemasukan data, kemudahan penyimpanan, perkhidmatan keselamatan dan/atau insurans;
  • pihak berkuasa dan pihak berkuasa kerajaan bagi mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan;
  • pihak-pihak tertentu yang ENFINITI diperintahkan atau diarahkan untuk menzahirkan menurut suatu perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas ENFINITI; dan
  • pihak ketiga yang diberi kuasa oleh anda.

Notis ini hanya terpakai untuk Pemprosesan Data Peribadi oleh ENFINITI bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Ia tidak meliputi (a) Pemprosesan Data Peribadi oleh ENFINITI bagi tujuan berlainan yang tidak dinyatakan dalam Notis ini, (b) dasar privasi dan kelakuan mana-mana pihak ketiga, walaupun pihak ketiga berkaitan dengan ENFINITI, dan (c) laman web pihak ketiga yang ENFINITI menyediakan pautan, walaupun laman web tersebut dijenamakan bersama dengan logo ENFINITI.

ENFINITI tidak akan mengkongsikan Data Peribadi anda dengan laman web pihak ketiga. ENFINITI tidak bertanggungjawab untuk amalan privasi dan kelakuan laman web pihak ketiga atau laman web lain yang anda mungkin telah diarahkan oleh Laman Web. Anda harus membaca dasar privasi laman web pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada laman web pihak ketiga tersebut.

ENFINITI tidak mengkongsi atau menjual Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan dan kebenaran anda. ENFINITI tidak boleh bertanggungjawab atau akan bertanggungjawab untuk kelakuan mana-mana pihak ketiga yang anda mungkin telah diarahkan dan/atau memberi Data Peribadi kepadanya. Anda harus membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk (a) akses kepada Data Peribadi anda, (b) pembetulan Data Peribadi anda, (c) menghadkan Pemprosesan Data Peribadi anda, (d) menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data peribadi anda, dan (e) mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi yang berikut: –

Admin Manager

No. 28-2, Jalan PJU 5/20D, The Encorp Strand

Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Nombor Telefon: +603 6142 9877 

Nombor Faks: +603 6142 7978

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, ENFINITI berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan, seperti apabila perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda, dan/atau apabila ENFINITI tidak dapat mengesahkan identiti anda atau ketepatan pembetulan atas Data Peribadi yang diberikan oleh anda.

ENFINITI telah menetapkan langkah-langkah untuk memastikan Data Peribadi disimpan dan dikendalikan untuk mengelakkan sebarang pendedahan yang tidak dibenarkan.

ENFINITI hanya menyimpan Data Peribadi selagi ia diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan sentiasa tertakluk kepada undang-undang berkenaan termasuk PDPA, terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian anda dengan ENFINITI (jika ada) bagi tempoh hubungan anda dengan ENFINITI, dan untuk tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan ENFINITI.

Anda mewakili dan menjamin bahawa semua Data Peribadi yang diberi kepada ENFINITI adalah benar, lengkap dan tepat. Sekiranya anda memberi Data Peribadi pihak ketiga (seperti wakil atau perhubungan, hubungan kecemasan, atau selainnya) kepada ENFINITI, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua kebenaran dan persetujuan yang diperlukan dari pihak ketiga itu telah diperolehi, (b) anda akan terus mengekalkan persetujuan dan kebenaran tersebut, dan (c) anda telah menunjuk Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.

Anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada ENFINITI sebarang perubahan pada Data Peribadi yang anda telah berikan kepada ENFINITI setakat yang diperlukan untuk membolehkan ENFINITI kekal mematuhi undang-undang berkenaan termasuklah PDPA. ENFINITI akan menggunakan usaha yang munasabah tetapi tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kemas kini daripada anda secara berkala tetap.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, anda bersetuju bahawa ENFINITI tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti yang anda dan/atau pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) telah ditanggungi atau dialami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran manamana terma, syarat, representasi, waranti, dan/atau obligasi yang dinyatakan dalam Notis ini oleh anda dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut.

Anda selanjutnya bersetuju untuk menanggung rugi dan mempertahankan ENFINITI terhadap sebarang tindakan, tuntutan dan/atau permintaan yang dibawa terhadap ENFINITI oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak suatu pihak berkuasa yang  kompeten atau individu) dan sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) yang ENFINITI mungkin dikenakan atau ditanggung, hasilnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, perwakilan, waranti, dan/atau obligasi yang diperincikan dalam Notis ini sendiri dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut, terutamanya di mana ENFINITI telah diberi Data Peribadi  yang palsu, tidak lengkap atau tidak tepat, kegagalan anda untuk memaklumkan kepada ENFINITI sebarang perubahan terhadap Data Peribadi, dan/atau persetujuan dan kebenaran yang diperlukan tidak diperolehi atau dikekalkan daripada pihak ketiga yang berkaitan.

Walau apa pun yang terkandung di sini, liabiliti ENFINITI (jika ada) hendaklah dihadkan kepada setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Dalam apa keadaan pun ENFINITI tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi yang berbangkit, bersampingan, tidak langsung, punitif atau khas, atau kehilangan keuntungan, kehilangan keuntungan yang dijangkakan, data, perniagaan atau nama baik, tidak kira sama ada sebarang liabiliti (jika ada) adalah berdasarkan kepada pelanggaran kontrak, tort, liabiliti ketat, atau selainnya, dan walaupun ENFINITI telah diberitahu atau dimaklumkan tentang kemungkinan tersebut.

ENFINITI menggunakan perlindungan fizikal, pengurusan and teknikal yang munasabah dari segi komersil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan Data Peribadi anda dan tidak akan dengan sengaja membenarkan akses ke Data Peribadi anda kepada sesiapa di luar ENFINITI, selain daripada anda atau seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Walau bagaimanapun, ENFINITI tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar ke ENFINITI dan anda menghantar maklumat tersebut pada risiko anda sendiri sepenuhnya. Khususnya, ENFINITI tidak menjamin bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, diubah, dikumpul, disalin, dimusnahkan, dilupuskan, dizahirkan atau diubahsuai oleh pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan di ENFINITI.

Laman Web tidak mensasarkan dan tidak bertujuan untuk menarik minat Kanak. ENFINITI tidak akan dengan sengajanya memperoleh maklumat peribadi daripada Kanak atau membuat permintaan kepada mereka untuk Data Peribadi.

Notis ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Anda dengan ini menyerah kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia yang tidak eksklusif.